Thursday, 16 May 2013

anak zaman sekarang sudah hilang rasa hormat pada ibu dan bapa sendiri.

sedih sangat...pilu sangat apabila ada anak-anak hari ni yang sudah hilang rasa hormat pada ibu bapa sendiri. ibu bapa yang sepatutnya menjadi kawan telah menjadi lawan. macamana tu?.                                                       2-3 hari bila baca paper je macam-macam kes ada. anak saman ayah dia. Anak lari dari rumah, anak tinggalkan ibu kerana sayangkan kekasih. macam-macam. sampai kadang-kadang naik malas nak baca surat khabar. tapi realiti tetap realiti...itulah kenyataannya. nilai kasih sayang seorang ibu sudah tidak bermakna lagi nampaknya pada anak-anak. Walhal syurga seorang anak itu masih di bawah telapak kaki ibu.
nampaknya masih ramai lagi anak-anak yang tidak mengenang budi dan tidak menghargai pengorbanan ibu dan ayahnya pada zaman yang serba canggih ini. kurang didikan barangkali? tapi bukankah kita diberi akal untuk berfikir. kenapa akal yang Allah Swt kurniakan itu tidak kita gunakan sebaik-baiknya untuk mengislah diri. renung-renungkanlah wahai anak-anak...bukan senang bagi seorang ibu itu melahirkan. sakitnya hanya tuhan saja yang tahu. kalau sebagai seorang anak tidak dapat berikan kebaikan kepada ibu bapa janganlah sesekali memudaratkan mereka. sedarlah...syurga itu di bawah telapak kaki ibu, tak cium bau syurga bagi seorang anak yang derhaka pada kedua ibu bapa.



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home